ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Selamat Berjuang Jentera BN Johor PRN Ke-16 – Mohd Zaidy

1–2 minutes

Selamat berjuang kepada seluruh jentera Barisan Nasional Johor yang kini bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor. 

Perjuangan ini bukan sekadar soal politik dan pilihan raya, tetapi amanah untuk memastikan kestabilan, kemajuan serta masa depan rakyat Johor terus terpelihara. Saya yakin dengan semangat kebersamaan, disiplin dan kerja kuat seluruh jentera, kita mampu mendekati rakyat dengan penuh hikmah dan membawa mesej perjuangan yang terbaik.

Teruskan bekerja sebagai satu pasukan, utamakan perpaduan, santuni rakyat dengan ikhlas dan jadikan setiap langkah sebagai usaha demi agama, bangsa dan negara.

Selamat berjuang, selamat bertugas dan semoga Barisan Nasional Johor terus diberi kekuatan serta kejayaan dalam menghadapi PRN Johor kali ini.

YB Dato’ Haji Mohd Zaidy Abdul Kadir

ADUN Jeram Padang

Kongsi pada platform lain