ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Rakyat Mahu Mantan Menteri Besar Perlu Tanggungjawab, “Notis Pun Tak Ada, Ini Lebih Teruk Dari Komunis”

1–2 minutes

TAMPIN, 5 Jun – Menjelang Pembubaran DUN Negeri Sembilan, kemarahan rakyat terhadap cara kerajaan negeri mengendalikan krisis institusi adat Negeri Sembilan dilihat kembali memuncak apabila kenyataan keras bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Rais Yatim, terus menjadi perbualan hangat.

Dalam ulasannya mengenai kemelut yang melibatkan institusi adat dan perlembagaan negeri, Rais dilaporkan menyifatkan tindakan tertentu yang berlaku dalam krisis tersebut sebagai “notis pun tak ada, ini lebih teruk dari Komunis”, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai bagaimana kerajaan negeri di bawah pimpinan Aminuddin Harun menguruskan hubungan dengan institusi adat yang menjadi tunjang pemerintahan Negeri Sembilan. 

Pemerhati politik berpendapat krisis yang berlarutan itu bukan sekadar pertikaian politik biasa, sebaliknya menyentuh asas sistem Adat Perpatih dan struktur pemerintahan unik Negeri Sembilan yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar serta Undang Yang Empat. Krisis tersebut turut menyaksikan pertikaian mengenai kuasa institusi adat, boikot oleh pembesar adat dan penangguhan persidangan DUN negeri. 

Dalam kalangan rakyat, semakin ramai yang mempersoalkan sama ada kerajaan negeri telah gagal bertindak sebagai jambatan penyelesaian sehingga kemelut adat berkembang menjadi krisis perlembagaan yang memberi kesan kepada kestabilan pentadbiran negeri. Kritikan turut tertumpu kepada kepimpinan Aminuddin yang dilihat tidak berjaya meredakan konflik sejak ia mula tercetus. 

Bagi ramai anak Negeri Sembilan, isu ini bukan sekadar soal politik atau perebutan kuasa, tetapi melibatkan maruah institusi adat yang diwarisi turun-temurun. Justeru, persoalan yang semakin kerap dibangkitkan ialah sama ada krisis ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan negeri mengambil pendekatan lebih proaktif, berhati-hati dan menghormati proses adat sejak dari awal. 

“Apabila krisis adat bertukar menjadi krisis perlembagaan, rakyat pasti akan mencari siapa yang harus dipertanggungjawabkan.”

Kongsi pada platform lain