ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

“Jangan Terlalu Awal Selesa, Mohd Izwan Mahu Jentera BN Terus Berjuang Hingga Hari Mengundi”.

1–2 minutes

JEMPOL – Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol, Mohd Izwan Kamar Badri mengingatkan seluruh jentera dan penyokong Barisan Nasional (BN) supaya terus kekal fokus serta tidak terlalu awal berasa selesa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung.

Menurut beliau, segala keputusan muktamad terletak di tangan para pengundi dan perjuangan masih belum selesai walaupun pelbagai perkembangan positif sedang berlaku.

“Jangan terlalu gembira atau leka. Masih banyak usaha yang perlu diteruskan sehingga hari pengundian. Kita perlu memperkemaskan gerak kerja, mendekati rakyat dan menyampaikan mesej perjuangan dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat, kesatuan dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh jentera, BN berpotensi mencatat kemenangan lebih besar serta menambah jumlah kerusi yang dimenangi pada PRN kali ini.

Mohd Izwan turut menyeru semua ahli dan penyokong agar terus berjuang dengan penuh disiplin dan tidak alpa sehingga tiba hari penentuan.

“Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, segala usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang terbaik,” katanya.

Kongsi pada platform lain