ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

DAPSY Tidak Kejar Kuota Calon, Fokus Ketengahkan Calon Berjiwa Muda Hadapi PRN Johor & Negeri Sembilan

1–2 minutes

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tidak akan mencadangkan sebarang kuota atau peratusan calon daripada sayap itu kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Woo Kah Leong berkata, tumpuan utama sayap berkenaan adalah memastikan calon yang dipilih benar-benar memahami aspirasi golongan muda serta mampu membawa isu yang dekat dengan kehidupan mereka.

Menurutnya, calon yang diketengahkan perlu mempunyai mentaliti untuk menyelesaikan masalah anak muda seperti isu pengangguran, peluang pekerjaan, kos sara hidup serta isu berkaitan pendidikan termasuk usaha memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Beliau berkata, faktor penting bukan sekadar usia seseorang calon, tetapi kemampuan mereka memahami keresahan generasi muda dan membawa penyelesaian yang praktikal.

Dalam pada itu, Kah Leong yang juga ADUN Pasir Bedamar berkata, perkembangan politik selepas PRN Sabah menunjukkan perbezaan ketara antara landskap politik di Sabah dan negeri-negeri di Semenanjung.

Katanya, pengundi di Sabah dilihat lebih memberi perhatian kepada parti tempatan seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau Warisan, berbeza dengan situasi di Semenanjung yang mempunyai hubungan politik lebih rapat antara negeri.

Beliau turut menegaskan bahawa penting untuk melihat sejauh mana rakyat khususnya di Johor menerima serta menyedari hasil daripada usaha Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan melalui pelaksanaan pelbagai projek dan kerjasama antara kerajaan.-BeritaHarian

Kongsi pada platform lain