ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Liputan Jeram Padang: Projek Menara Telekomunikasi 60 Meter Bakal Tingkatkan Akses Digital Masyarakat Orang Asli Sungai Raya

1–2 minutes

JEMPOL, 18 Jun – Usaha memperkasa pembangunan kawasan masyarakat Orang Asli terus menjadi perhatian apabila cadangan pembinaan Menara Pencawang Telekomunikasi setinggi 60 meter di Kampung Orang Asli Sungai Raya berjaya direalisasikan.

Mantan ADUN Jeram Padang, Dato’ Haji Mohd Zaidy bin Abdul Kadir berkata, projek berkenaan merupakan satu langkah penting bagi meningkatkan liputan telekomunikasi dan capaian internet penduduk setempat.

Menurut beliau, kemudahan tersebut dijangka memberi manfaat besar kepada masyarakat khususnya dalam aspek pendidikan, komunikasi, ekonomi digital serta akses kepada perkhidmatan kecemasan.

Beliau turut menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan keperluan asas masyarakat Orang Asli agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan semasa.

“Saya menghargai kerjasama semua pihak terutama agensi kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang membantu menjayakan usaha ini demi kesejahteraan rakyat di Jeram Padang,” katanya.

Tambah beliau, agenda pembangunan dan kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati manfaat kemajuan secara menyeluruh.

“Membawa Pembangunan, Menyantuni Rakyat”

Kongsi pada platform lain