ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

RM27 BILION PELABURAN: PERSOALAN TIMBUL, MANA HASIL SEBENAR? – SALAHUDDIN

1–2 minutes

SEREMBAN, 23 Jun – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Salahuddin Hamzah mempersoalkan perkembangan sebenar berhubung dakwaan kemasukan pelaburan bernilai RM27 bilion ke Negeri Sembilan yang diumumkan sebelum ini.

Dalam satu kenyataan di media sosial, beliau mempersoalkan status pelaburan besar yang dikaitkan dengan pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI Data Centre) bernilai RM20 bilion oleh sebuah syarikat dari Australia.

Menurut beliau, selepas lebih enam bulan pengumuman dibuat, masih belum jelas mengenai identiti pelabur serta perkembangan terkini projek berkenaan.

Salahuddin turut mendakwa pengumuman angka pelaburan berbilion ringgit perlu disusuli dengan perkembangan konkrit dan manfaat nyata kepada rakyat, bukannya sekadar menjadi angka dalam ucapan.

Beliau turut membangkitkan persoalan terhadap peranan NS Corporation sebagai agensi utama pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0), termasuk hasil dan pencapaian yang telah dicapai setakat ini.

Katanya, rakyat Negeri Sembilan berhak mengetahui sejauh mana pelaburan yang diumumkan itu telah diterjemahkan kepada pembangunan sebenar, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negeri.

Salahuddin turut menggunakan tanda pagar #TokMinLari dalam kenyataan tersebut sebagai kritikan terhadap pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Kongsi pada platform lain