ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Rengit Bukti Keharmonian Bangsa Johor Terus Terpelihara

1–2 minutes

RENGIT, 9 Jun – Keharmonian yang terjalin dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Rengit menjadi cerminan semangat Bangsa Johor yang mengutamakan perpaduan, saling menghormati dan hidup dalam suasana aman.

Calon Barisan Nasional (BN) N25 Rengit, Zaidi Japar berkata, meskipun kawasan itu dihuni masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli, hubungan antara penduduk sentiasa erat tanpa mengira latar belakang kaum.

Menurut beliau, kekuatan sebenar Rengit bukan sahaja terletak pada kepelbagaian masyarakatnya, malah semangat kebersamaan yang menjadi asas kepada keharmonian sejak sekian lama.

“Sepanjang saya turun padang bertemu rakyat, Alhamdulillah saya diterima baik oleh masyarakat Melayu, Cina, India termasuk Orang Asli. Ini membuktikan semangat perpaduan di Rengit masih kukuh,” katanya.

Beliau berkata, suasana politik pada hari ini memerlukan pemimpin yang mampu menjadi jambatan penyatuan rakyat, bukannya mencetuskan perpecahan atau memainkan sentimen yang boleh menggugat keharmonian.

Zaidi menegaskan komitmennya untuk terus membawa pendekatan inklusif dengan memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat perhatian dan manfaat daripada pembangunan yang dirancang tanpa mengira kaum atau agama.

Kongsi pada platform lain