ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Mohd Zaidy Santuni Lebih 1,000 Masyarakat India DUN Jeram Padang Melalui Sumbangan Bakul Makanan

1–2 minutes

Jempol, 13 Julai – Seramai lebih 1,000 penerima daripada masyarakat India di kawasan DUN Jeram Padang menerima sumbangan bakul makanan menerusi program kebajikan anjuran Barisan Nasional (BN) sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup serta menyantuni golongan yang memerlukan.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Mantan ADUN Jeram Padang, Dato’ Haji Mohd Zaidy Abdul Kadir yang turut meluangkan masa beramah mesra dengan para penerima dan bertanya khabar mengenai keadaan mereka. Beliau berkata, program seumpama itu mencerminkan komitmen berterusan Barisan Nasional dalam mendekati rakyat serta memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Menurut beliau, bantuan yang disampaikan bukan sekadar memenuhi keperluan harian penerima, malah menjadi simbol keprihatinan serta mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Beliau turut menegaskan bahawa semangat perpaduan dan saling membantu perlu terus dipupuk bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu, Dato’ Mohd Zaidy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional dan rakan strategik iaitu MIC, PPP, IPF serta Makkal Sakthi atas komitmen dan kerjasama erat dalam menjayakan program tersebut. Beliau berharap kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuhkan bagi membolehkan lebih banyak program kebajikan dilaksanakan demi manfaat rakyat di DUN Jeram Padang.

Kongsi pada platform lain