ISU SEMASA
• Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. • Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. • Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. • Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

LANGGAR SUMPAH : DYMM BATAL PELANTIKAN AHLI MMK NEGERI SEMBILAN

1–2 minutes

SEREMBAN, 20 September 2026 — Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Azizi bin Mohamad Ali, pembatalan itu dibuat kerana ahli-ahli berkenaan didakwa telah memungkiri sumpah jawatan yang dilafazkan sebelum dilantik ke dalam MMK.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa kesemua ahli berkenaan telah mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar pada 7 Ogos 2026.

Antara ikrar yang dilafazkan termasuk taat setia kepada DYMM dan Institusi Diraja, memelihara kedaulatan Perlembagaan Negeri Sembilan serta mengiktiraf kuasa yang terletak pada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan tersebut, sumpah berkenaan dikatakan telah dimungkiri melalui tindakan dan kenyataan yang dibuat pada 15 September 2026.

Pembatalan pelantikan itu dibuat berdasarkan Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, yang memperuntukkan seseorang Ahli MMK memegang jawatan selagi mendapat perkenan DYMM Yang di-Pertuan Besar.

Susulan pembatalan itu, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan diminta mempersembahkan senarai calon Ahli MMK yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan DYMM, selaras dengan Perkara XXXVIII(2).

DYMM turut menjangkakan pentadbiran Negeri Sembilan diteruskan tanpa gangguan serta kepentingan rakyat sentiasa terpelihara.

Kenyataan tersebut ditandatangani Dato’ Azizi bin Mohamad Ali, Pengelola Bijaya Diraja, bertarikh 20 September 2026.

Kongsi pada platform lain