ISU SEMASA
• Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. • Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. • Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. • Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Akmal sambut baik PAS pertimbang guna lambang BN pada PRN Melaka

1–2 minutes

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2026 – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyambut baik cadangan PAS untuk mempertimbangkan penggunaan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata perkembangan itu dilihat sebagai usaha yang boleh memperkukuhkan perpaduan ummah serta kerjasama antara kedua-dua parti.

“Alhamdulillah, kami menyambut baik dengan cadangan dan usaha ini. Mereka boleh halang dengan menggunakan kuasa yang mereka ada, tetapi Allah balas dengan perkara yang jauh lebih baik.

“Moga ini dapat lagi memperkukuhkan perpaduan ummah ini dan Melaka akan menjadi saksi, insya-Allah,” katanya.

Kenyataan itu susulan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memaklumkan rundingan mengenai penggunaan lambang dan kerjasama dengan BN bagi PRN Melaka masih diteruskan, termasuk pertimbangan sama ada PAS menggunakan lambang sendiri atau BN.  

Menurut laporan sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mengesahkan rundingan UMNO-PAS termasuk berkaitan penggunaan logo sedang berjalan dan disifatkan positif.  

Kongsi pada platform lain