“Kita sekarang sudah masuk gelanggang. Kalau BN Johor mahu bertanding di semua 56 kerusi DUN, saya cadangkan PH Negeri Sembilan turut bertanding di semua 36 kerusi DUN.
“Setuju Johor tanding 56 kerusi DUN, Negeri Sembilan tanding 36 kerusi DUN. Kalau DUN Johor bubar esok, DUN Negeri Sembilan pun kita bubar esok,” kata Anthony Loke ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan Johor 2026 di Persada Johor International Convention Centre.
