ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Saya sudah bersedia, Lawan tetap lawan ! – PMX

1–2 minutes

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak gentar sekiranya ada pihak yang mahu menguji kekuatan Kerajaan Perpaduan menerusi pilihan raya negeri mahupun pilihan raya umum.

Menurut beliau, jika ada mana-mana pihak yang sudah penat dan lelah dengan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, mandat itu boleh dikembalikan semula kepada rakyat untuk menentukan hala tuju politik negara.

“PMX mengatakan, jika sudah penat dan lelah dengan Kerajaan Perpaduan, kita akan serahkan mandat kepada rakyat. Bukan sahaja di Johor atau Negeri Sembilan, malah seluruh negara, saya bersedia,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan Johor 2026 di Persada Johor International Convention Centre.

Kongsi pada platform lain