ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Usaha yang digerakkan sejak tiga tahun lalu akhirnya membuahkan hasil

1–2 minutes

Usaha yang digerakkan sejak tiga tahun lalu akhirnya membuahkan hasil apabila cadangan penubuhan Kolej Yayasan Negeri Sembilan di Jeram Padang kini semakin menjadi kenyataan.

ADUN Jeram Padang, Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, usaha tersebut dilakukan demi memastikan anak-anak di kawasan luar bandar turut mendapat akses pendidikan dan peluang pembangunan masa depan yang lebih baik.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam merealisasikan hasrat tersebut.

“Ini bukan sekadar pembangunan sebuah kolej, tetapi pelaburan untuk masa depan anak-anak Jeram Padang dan generasi muda Negeri Sembilan,” katanya.

Menurut beliau, kewujudan Kolej Yayasan Negeri Sembilan di Jeram Padang dijangka membuka lebih banyak peluang pendidikan, latihan kemahiran serta pembangunan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Tambahnya lagi, pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar perlu terus diperkasakan supaya manfaat pembangunan dapat dirasai secara lebih menyeluruh tanpa meminggirkan komuniti luar bandar.

Kongsi pada platform lain