ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Tak Perlu Banyak Cakap, Tapi Kerja Selesai – Mohd Zaidy

1–2 minutes

JEMPOL, 19 Mei – Demi kepentingan pendidikan anak-anak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Mohd Zaidy Abdul Kadir berjaya menyelesaikan isu projek SJKT St Heliar yang dikatakan terbengkalai lebih 10 tahun.

Isu berpanjangan itu sebelum ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat setempat susulan kelewatan pembangunan kemudahan pendidikan berkenaan yang memberi kesan kepada komuniti dan pelajar.

Mohd Zaidy berkata, keutamaan beliau adalah memastikan kebajikan rakyat khususnya melibatkan pendidikan dapat diselesaikan tanpa terlalu banyak polemik.

“Tak perlu banyak cakap, tapi kerja mesti selesai demi masa depan anak-anak di Jeram Padang,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan merupakan asas penting dalam pembangunan masyarakat dan isu berkaitan sekolah tidak seharusnya dibiarkan berlarutan terlalu lama.

Penduduk sekitar menyambut baik perkembangan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu usaha positif demi memastikan akses pendidikan yang lebih baik untuk generasi akan datang di kawasan Jeram Padang.

Kongsi pada platform lain