ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Kerja Nyata, Mendapat Perhatian Rakyat

1–2 minutes

JEMPOL, 19 Mei — Dalam era politik yang semakin dipenuhi persepsi dan permainan media sosial, rakyat kini dilihat lebih menghargai pemimpin yang bekerja secara terus di lapangan berbanding sekadar tampil untuk publisiti.

Pendekatan itu dilihat menerusi gerak kerja Mohd Zaidy Abdul Kadir yang kerap turun menyantuni rakyat terutama ketika berlaku musibah dan isu melibatkan kebajikan penduduk di kawasan Jeram Padang.

Sama ada melibatkan bantuan kecemasan, lawatan ke rumah penduduk, isu pendidikan mahupun keperluan asas masyarakat, beliau dilihat memilih untuk memberi fokus kepada tindakan dan penyelesaian segera.

Penduduk setempat menyifatkan pendekatan tersebut sebagai lebih dekat dengan denyut nadi rakyat, khususnya apabila kehadiran pemimpin ketika saat sukar memberi makna besar kepada masyarakat.

Dalam masa sama, tindakan menyelesaikan isu SJKT St Heliar yang terbengkalai lebih 10 tahun turut dilihat sebagai antara bukti komitmen terhadap kepentingan pendidikan dan masa depan anak-anak di DUN Jeram Padang.

Bagi sebahagian rakyat, politik hari ini bukan lagi tentang siapa paling lantang bercakap, tetapi siapa yang benar-benar hadir dan bekerja untuk masyarakat.

Kongsi pada platform lain