ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Tujuh Kes Baharu Kencing Tikus Dikesan, Ulu Bendul Ditutup Hingga 23 Jun

1–2 minutes

KUALA PILAH, 23 Mei – Kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul ditutup sepenuhnya kepada orang ramai sehingga 23 Jun ini susulan tujuh lagi kes baharu leptospirosis atau kencing tikus dikesan melibatkan kawasan tersebut. 

Penutupan itu dibuat bagi tujuan kawalan keselamatan dan kesihatan awam selain membolehkan kerja pemantauan, sanitasi serta pembersihan dijalankan di lokasi rekreasi popular berkenaan. 

Sebelum ini, kawasan tersebut telah diarahkan tutup sementara selepas beberapa pengunjung dipercayai mengalami simptom jangkitan leptospirosis, dipercayai berpunca daripada pencemaran air dan persekitaran. 

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan penutupan dan mengelakkan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan itu sepanjang tempoh larangan bagi mengelakkan risiko jangkitan. – Kosmo

Kongsi pada platform lain