ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

KOA JERAM PADANG TERIMA PROJEK RM42 JUTA, BINA JALAN BAHARU & BEKALAN AIR BERSIH

1–2 minutes

JEMPOL, 23 Mei – Kerajaan meluluskan projek bernilai kira-kira RM42 juta melibatkan pembangunan infrastruktur untuk Kampung Orang Asli (KOA) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang.

Pengerusi Sekretariat Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Masyarakat Orang Asli, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) melibatkan beberapa penempatan Orang Asli di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, projek BALB itu melibatkan Kampung Sungai Kelebang, Jeram Padang, Sungai Raya, Temarom dan Lubuk Temenggalan.

Katanya lagi, kerajaan turut meluluskan peruntukan RM35 juta bagi pembinaan jalan penghubung baharu antara KOA Batu Peti dan KOA Panchor.

“Projek jalan ini akan memudahkan urusan harian penduduk termasuk ke kebun dan bertemu saudara-mara, selain memendekkan masa perjalanan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sehati Sejiwa bersama Orang Asli di Kampung Orang Asli Panchor, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Orang Asli Kampung Panchor, Baharyn Ayon berkata, laluan baharu itu amat dinantikan penduduk kerana sebelum ini mereka terpaksa menggunakan jalan besar dan mengambil masa lebih lama untuk bergerak antara kampung.

Menurutnya, pembinaan jalan penghubung itu dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti Orang Asli di kawasan terbabit.

Kongsi pada platform lain