ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Kemelut NS : Sokongan Pada UMNO Tak Lagi Sesuai, PAS Membisu

1–2 minutes

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan dakwaan bahawa parti itu bertindak secara bersendirian dalam menangani kemelut politik di Negeri Sembilan, sebaliknya menegaskan segala tindakan telah dibincangkan bersama PAS sejak awal.

Dalam kenyataan Biro Politik BERSATU hari ini, parti itu memaklumkan Mohamed Azmin Ali dan Takiyuddin Hassan telah bekerjasama rapat bagi menguruskan krisis politik di negeri berkenaan.

Menurut BERSATU, kedua-dua parti sebelum ini bersetuju supaya lima ADUN Perikatan Nasional di Negeri Sembilan, terdiri daripada dua ADUN BERSATU dan tiga ADUN PAS, bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO demi memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, situasi berubah selepas UMNO memutuskan untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan sempena Sambutan 80 Tahun UMNO.

BERSATU mendakwa pihaknya beberapa kali cuba menghubungi PAS bagi membincangkan pendirian baharu yang perlu diambil bersama, termasuk cadangan supaya PN menarik sokongan terhadap 14 ADUN UMNO kerana ia boleh memberi gambaran bahawa PN menyokong kerjasama UMNO dengan PH.

Menurut kenyataan itu, beberapa usaha menghubungi PAS antara 28 April hingga 5 Mei lalu bagaimanapun gagal mendapat maklum balas.

BERSATU turut menjelaskan isu tersebut telah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Mei lalu dan penjelasan lengkap mengenai kronologi krisis telah diberikan tanpa sebarang bantahan daripada ahli mesyuarat.

Sehubungan itu, BERSATU menegaskan tuduhan bahawa parti itu bertindak secara unilateral dalam isu Negeri Sembilan adalah “tidak benar sama sekali”.

Kongsi pada platform lain