ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

PEMBESAR NEGERI SEMBILAN ADAKAN PERTEMUAN DI BALAI TUNKU BESAR TAMPIN

1–2 minutes

TAMPIN, 29 Mei — Satu pertemuan melibatkan pembesar-pembesar utama Negeri Sembilan berlangsung di Balai Tunku Besar Tampin pagi ini dalam suasana penuh adat, muafakat dan semangat perpaduan institusi warisan negeri.

Pertemuan tersebut menghimpunkan Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed Abdullah; serta Undang Luak Rembau, Dato’ Sedia Raja Dato’ Haji Abdul Rahim Yasin.

Turut hadir Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman ibni Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Dato’ Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Pertemuan itu dilihat sebagai simbol penting kepada kekuatan institusi adat dan kesepakatan kepimpinan tradisi Negeri Sembilan dalam memastikan warisan Adat Perpatih terus dipelihara serta dihormati oleh masyarakat.

Suasana pertemuan berlangsung dalam keadaan harmoni dan penuh tertib, mencerminkan nilai kebersamaan serta hubungan erat antara pembesar-pembesar negeri yang menjadi tonggak kepada identiti dan kestabilan Negeri Sembilan.-SuaraTV

Kongsi pada platform lain