ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Putrajaya Jadi Tumpuan Sambutan Hari TVET Negara 2026 Bermula Jumaat Ini

1–2 minutes

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengajak orang ramai untuk hadir dan memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, program berkenaan merupakan platform terbaik untuk masyarakat mengenali dengan lebih dekat bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peluang kerjaya yang ditawarkan.

Beliau menggalakkan orang ramai membawa ahli keluarga dan rakan-rakan bagi meneroka pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang sambutan tersebut.

“Tinggal empat hari lagi. Dataran Putrajaya bakal dimeriahkan dengan Sambutan Hari TVET Negara 2026. Jumpa anda di sana!,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Sambutan Hari TVET Negara 2026 akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari penganjurannya.

Menerusi hantaran sama, Ahmad Zahid turut berkongsi video promosi berdurasi 59 saat yang memaparkan pelbagai pengisian menarik termasuk pameran teknologi, pendedahan mengenai TVET sebagai pilihan utama kerjaya, pameran industri serta sesi perkongsian bersama usahawan TVET.

Program itu dijangka menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan, pemain industri dan agensi kerajaan dalam usaha memperkukuh ekosistem TVET serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan kemahiran dalam pembangunan negara. – AstroAwani

Kongsi pada platform lain