ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

PN Tanding Semua Kerusi DUN Johor – Pengerusi Perikatan Nasional

1–2 minutes

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Pengerusi Perikatan Nasional, Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru seluruh kepimpinan, jentera dan ahli-ahli parti komponen gabungan itu supaya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, PN perlu bergerak dengan semangat kebersamaan, disiplin serta kesatuan tindakan bagi memastikan gerak kerja pilihan raya berjalan dengan tersusun dan berkesan.

Menurutnya, gabungan itu akan memasuki gelanggang PRN Johor dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional, selain meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tindakan dan pendekatan yang diambil.

“Saya juga berharap seluruh jentera dapat mengelakkan sebarang bentuk provokasi melampau, politik kebencian dan perpecahan, sebaliknya menampilkan politik yang lebih tenang, berfakta dan berorientasikan solusi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Samsuri berkata, pendekatan politik yang berhemah dan berpaksikan penyelesaian isu rakyat perlu menjadi teras kempen PN sepanjang menghadapi pilihan raya negeri itu.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerjasama erat dalam kalangan jentera parti serta sokongan rakyat mampu memperkukuhkan usaha PN untuk menawarkan agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin.

“Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak serta sokongan rakyat, PN akan terus membawa agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin demi masa depan Johor dan Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Kongsi pada platform lain