ISU SEMASA
• Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. • Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. • Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. • Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Ab Rauf: Bukan Rakyat Cari Kerajaan, Kita Cari Rakyat

1–2 minutes

MELAKA, 3 Oktober — Pendekatan kerajaan negeri melalui program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menekankan usaha membawa perkhidmatan kerajaan terus kepada rakyat, khususnya dalam menyelesaikan isu tanah, cukai dan infrastruktur tanpa membebankan mereka hadir ke pejabat kerajaan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, konsep itu berasaskan prinsip bahawa bukan rakyat perlu mencari kerajaan, sebaliknya kerajaan perlu turun mencari rakyat dan memahami masalah yang dihadapi mereka.

Menurutnya, WRUR turut membawa agensi kerajaan negeri serta persatuan ke kawasan wakil rakyat, manakala platform Hari Exco Bertemu Rakyat dibuka setiap 45 hari bagi membolehkan rakyat membuat susulan terhadap aduan yang dikemukakan.

Beliau berkata, pendekatan sama diteruskan menerusi Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat dan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), termasuk turun melihat keadaan golongan memerlukan, sekolah tahfiz serta kemudahan yang memerlukan perhatian.

Ab. Rauf berkata, program berkenaan bukan dimulakan menjelang pilihan raya, sebaliknya telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu dan kini sudah sampai ke DUN ke-22, dengan kira-kira enam DUN lagi untuk diselesaikan.

Kongsi pada platform lain