ISU SEMASA
• Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. • Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. • Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. • Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Ab Rauf: Rakyat Makin Matang, Tolak Politik Kebencian

1–2 minutes

KUALA LUMPUR, 3 Oktober — Rakyat kini semakin matang dalam menilai politik dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan serangan, tuduhan serta politik kebencian, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Beliau berkata, keputusan PRN Johor ke-16 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN menunjukkan tumpuan rakyat semakin beralih kepada kestabilan, keberhasilan pentadbiran dan penyelesaian masalah harian.

Menurut Ab. Rauf, isu seperti serangan politik dan pembangkitan semula isu Datuk Seri Najib Tun Razak serta 1MDB tidak semestinya mendapat penerimaan rakyat kerana masyarakat kini lebih memberi perhatian kepada keadaan ekonomi, kehidupan seharian dan keupayaan wakil rakyat menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berkata, perkembangan itu turut memberi isyarat bahawa politik masa depan perlu lebih dekat dengan rakyat, termasuk memahami keperluan mereka serta menawarkan penyelesaian, bukan sekadar memainkan emosi melalui media sosial.

Dalam masa sama, Ab. Rauf berkata pendekatan kerajaan Melaka melalui program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat dan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) adalah usaha memastikan kerajaan terus berada dekat dengan masyarakat serta memahami isu di setiap kawasan.

Mengenai PRN Melaka, beliau berkata keputusan mengenai bentuk kerjasama politik tidak wajar dibuat berdasarkan kesombongan, sebaliknya perlu mengambil kira integriti, kemampuan dan kebijaksanaan, sambil menegaskan semua kemungkinan masih terbuka dalam politik. – Utusan

Kongsi pada platform lain