Kelab gergasi England, Arsenal akhirnya dinobatkan sebagai juara Premier League musim 2025/26 selepas penantian selama 22 tahun berakhir dengan penuh dramatik awal pagi tadi.
Kejayaan itu disahkan selepas pencabar terdekat mereka, Manchester City gagal mencatat kemenangan ketika menentang AFC Bournemouth, sekali gus memastikan The Gunners tidak lagi mampu dipintas di puncak liga.
Ia menjadi detik bersejarah buat penyokong Arsenal yang sekian lama menunggu sejak kali terakhir kelab London Utara itu menjulang trofi EPL pada musim 2003/04 menerusi skuad legenda “The Invincibles” kendalian Arsène Wenger.
