ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

FGV Digesa Selesaikan Segera Isu Premium Tanah RM72 Juta

1–2 minutes

KUANTAN, 19 JUN 2026 – Kerajaan Negeri Pahang menggesa FGV Holdings Berhad (FGV) mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu premium tanah berjumlah RM72 juta yang masih belum dilunaskan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Dato’ Amizar Abu Adam berkata, perkara itu perlu diberikan keutamaan kerana melibatkan hasil negeri serta kepentingan pembangunan rakyat Pahang.

Menurut beliau, jumlah premium tanah berkenaan merupakan hak Kerajaan Negeri dan tidak seharusnya terus tertangguh tanpa penyelesaian.

Kerajaan Negeri Pahang turut berharap pihak FGV memberikan komitmen penuh serta mengambil tanggungjawab bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan secara tuntas.

Beliau menegaskan pendekatan profesional dan terbuka akan terus diamalkan dalam urusan bersama agensi serta syarikat berkaitan, namun isu premium tanah RM72 juta itu perlu diberi perhatian segera bagi memastikan hak negeri terus terpelihara.

Kongsi pada platform lain