ISU SEMASA
• Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. • Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. • Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. • Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Isu Tangki Air : Penantian 10 Tahun Penduduk Taman Sri Rompin Berakhir

1–2 minutes

JEMPOL, 26 Jun – Penantian hampir 10 tahun penduduk Taman Sri Rompin bagi menyelesaikan isu tangki air akhirnya menemui titik penyelesaian apabila kerja-kerja penggantian tangki air bakal dimulakan dalam masa terdekat.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Haji Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, beliau bersama pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah mengadakan lawatan tapak bagi proses pemilihan kontraktor untuk melaksanakan projek berkenaan.

Menurut beliau, lawatan tersebut merupakan langkah penting bagi memastikan projek penggantian tangki air itu dapat dilaksanakan dengan segera demi kepentingan penduduk setempat.

“Hasil taklimat dan penjelasan berkaitan skop kerja, dimaklumkan bahawa pelantikan kontraktor dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu sebelum kerja-kerja di tapak dimulakan,” katanya.

Beliau berharap pelaksanaan projek itu dapat menamatkan masalah gangguan bekalan air yang telah lama dihadapi penduduk serta memastikan bekalan air lebih stabil, mencukupi dan berkualiti.

Mohd Zaidy turut merakamkan penghargaan kepada SAINS atas komitmen dan kelulusan projek yang dinantikan penduduk Taman Sri Rompin.

“Komitmen saya tetap sama, iaitu terus memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat agar setiap permasalahan mendapat perhatian serta penyelesaian terbaik,” katanya.

Kongsi pada platform lain