ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Jangan Main Dua Kolam

1–2 minutes

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Isu kehadiran enam Ahli Parlimen PKR ke pelancaran Parti Bersama baru-baru ini mencetuskan reaksi dalam kalangan kepimpinan parti apabila ia dilihat sebagai isyarat politik yang boleh mengelirukan akar umbi serta menjejaskan kesepaduan dalam Pakatan Harapan.

Menurut kenyataan seorang pimpinan Wanita KEADILAN, tindakan tersebut tidak wajar dianggap sekadar menghadiri jemputan biasa, sebaliknya membawa mesej politik yang jelas ketika parti sedang berdepan usaha memperkukuh solidariti dalaman.

Lebih menjadi persoalan apabila kehadiran kumpulan Ahli Parlimen berkenaan berlaku pada tarikh yang sama berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan 2026, yang menghimpunkan pimpinan serta perwakilan bagi memperkemas gerak kerja dan memperkukuh mandat rakyat.

“Kalau masih setia kepada perjuangan parti, mengapa perlu hadir ke pelancaran parti baharu yang sedang membina pengaruh sendiri?” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, ia turut menegaskan bahawa akar umbi parti kekal setia dalam pelbagai keadaan termasuk ketika parti berdepan cabaran dan tekanan politik, namun tindakan segelintir pemimpin dilihat bercanggah dengan semangat tersebut.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa sekiranya mana-mana pemimpin sudah tidak sehaluan dengan perjuangan parti, langkah paling wajar adalah untuk keluar secara terbuka dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli.

“Parti tidak boleh terlalu berlembut dalam soal disiplin. Budaya ‘main dua kolam’ tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana ia boleh melemahkan organisasi dari dalam,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa mandat rakyat bukan ruang untuk percaturan politik peribadi, sebaliknya perlu dihormati dengan kesetiaan dan kejelasan pendirian.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Rozy Razit, Timbalan Setiausaha I Wanita KEADILAN merangkap EXCO Wanita KEADILAN dan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang.

Kongsi pada platform lain