ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

JDT Julang Piala Malaysia Kali Ke – 6

1–2 minutes

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta dominasi apabila menjulang trofi Piala Malaysia 2025/2026 selepas menewaskan Kuching City FC pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Trofi disampaikan Presiden Malaysian Football League, Datuk Ab Ghani Hassan bersama Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari kepada skuad Harimau Selatan.

Kejayaan itu menyaksikan JDT meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali keenam selepas turut muncul juara pada 2017, 2019, 2022, 2023 dan 2024/2025. 🏆🐯

Kongsi pada platform lain