ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

JENTERA PARTI TERUS DIPERKUKUH MELALUI SESI DIALOG BERSAMA RAKYAT

1–2 minutes

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Hubungan bersama masyarakat terus diperkasa apabila sesi santai dan dialog bersama rakan-rakan jentera parti di PDM Felda Pasoh 4 dan PDM Felda Lui Muda mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Sesi pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai itu menyaksikan kehadiran ramai jentera serta masyarakat yang mengambil peluang untuk berkumpul, bertukar pandangan dan membincangkan isu-isu semasa secara lebih dekat.

Turut hadir beberapa individu yang bukan ahli parti, sekali gus menunjukkan keterbukaan masyarakat setempat untuk bersama dalam ruang dialog dan interaksi bersama jentera di peringkat akar umbi.

Usaha turun padang seperti ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan, mendengar pandangan rakyat serta memastikan isu-isu komuniti terus diberi perhatian.

“Semoga Allah SWT memberkati langkah-langkah perjuangan benar ini,” menurut kenyataan yang dikongsikan selepas sesi tersebut.

Kongsi pada platform lain