ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

“Jeram Padang Milik Bersama, Mohd Zaidy Temu Rakyat”

1–2 minutes

JEMPOL, 19 Jun – Usaha mendekati masyarakat diteruskan menerusi Program Ziarah Kasih DUN Jeram Padang yang memberi tumpuan kepada kebajikan serta hubungan erat bersama penduduk setempat.

Dalam siri ziarah tersebut, Mohd Zaidy berkesempatan menziarahi dua penduduk di Pekan Jelai iaitu Parameswaran A/L K. Sivam dan Eesparie A/P Subramaniam sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat.

Menurut beliau, program berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk mendekati rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang, selain menyantuni mereka yang memerlukan perhatian serta sokongan.

Beliau turut mendoakan agar kedua-dua penerima ziarah bersama keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan berada dalam lindungan Allah SWT.

Kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.” katanya.

Jeram Padang Tetap Juara.

Kongsi pada platform lain