SEREMBAN, 22 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di Negeri Sembilan adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat kepada rakyat.
Beliau berkata, langkah tersebut wajar dipertimbangkan bagi meredakan ketidaktentuan politik yang berlaku ketika ini.
Mohamad turut mendakwa situasi itu berpunca daripada wujudnya ketidakyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kalangan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Menurutnya, keadaan tersebut dilihat boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri sekiranya tidak ditangani dengan segera, justeru pilihan raya semula dianggap sebagai penyelesaian terbaik untuk mendapatkan semula mandat rakyat. – Sinar Harian
