ISU SEMASA
• Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. • Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. • Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. • Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Kontraktor tampil beri anggaran kos naik taraf jejantas, RM8 juta dikatakan masih munasabah

1–2 minutes

MELAKA, 5 Oktober – Dakwaan kos sehingga RM8 juta bagi projek menaik taraf sebuah jejantas di Melaka sebagai tidak munasabah mula dipersoalkan orang ramai, namun pandangan daripada pihak kontraktor menunjukkan jumlah berkenaan masih boleh dianggap munasabah bergantung kepada spesifikasi dan skop kerja yang dilaksanakan.

Seorang kontraktor yang berpengalaman dalam kejuruteraan menganggarkan kos bagi kerja reka bentuk, pembekalan, fabrikasi dan pemasangan fasad sahaja boleh mencecah antara RM6 juta hingga RM7 juta, khususnya jika melibatkan reka bentuk geometri kompleks. Katanya, tambahan seperti pengurusan trafik, pengukuhan struktur sedia ada dan pencahayaan fasad pula berpotensi menambah sekitar RM1 juta hingga RM1.5 juta.

Menurutnya, kos juga boleh meningkat sekiranya kerja perlu dilakukan pada waktu malam bagi mengelakkan gangguan trafik, dengan kos buruh berkemungkinan meningkat antara 15 hingga 30 peratus.

Berdasarkan spesifikasi dan prestasi tinggi, anggaran keseluruhan projek boleh mencecah RM9 juta hingga RM10 juta, manakala spesifikasi lebih rendah dianggarkan sekitar RM8 juta hingga RM9 juta.

Sementara itu, kontraktor kedua menjelaskan nilai RM8 juta perlu dilihat berdasarkan keseluruhan skop projek secara design and build, termasuk kerja pengalihan utiliti, komponen mekanikal dan elektrikal (M&E), pembaikan struktur asas serta kemasan mercu tanda pelancongan. Katanya, projek berkenaan merupakan kerja menaik taraf struktur sedia ada dan bukan pembinaan baharu, sekali gus mempunyai kaedah serta urutan kerja yang berbeza.

Dalam masa sama, aspek keselamatan struktur perlu diberi perhatian kerana penambahan struktur dan beban baharu boleh memberi kesan kepada struktur utama sedia ada.

Kongsi pada platform lain