ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Kos Rawatan Rohingya Cecah RM30 Juta Setahun,Guna Duit Siapa ?

1–2 minutes

Kerajaan didakwa menanggung kira-kira RM30 juta setahun bagi kos rawatan kesihatan membabitkan pelarian etnik Rohingya di hospital kerajaan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai tekanan kewangan terhadap kemudahan awam negara.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Daud berkata, peningkatan populasi komuniti pelarian termasuk kadar kelahiran yang tinggi turut memberi kesan terhadap kapasiti hospital, sekolah dan perkhidmatan sosial.

Menurutnya, isu tersebut perlu dilihat dari sudut pengurusan dan kawalan pelarian yang lebih tersusun, termasuk mekanisme pendaftaran serta pemantauan sejak awal kemasukan ke negara ini.

Beliau mendakwa kegagalan mewujudkan sistem kawalan berkesan menyebabkan Malaysia berdepan cabaran apabila sebahagian pelarian yang sepatutnya menjadi transit akhirnya menetap dalam tempoh yang panjang.

Katanya, pemegang kad UNHCR bukan bermaksud seseorang itu mendapat kekebalan daripada undang-undang, sebaliknya ia hanya dokumen pengenalan bagi individu yang diiktiraf sebagai pelarian dan sedang menunggu proses penempatan semula ke negara ketiga.

Namun, proses penempatan semula ke negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan negara Eropah lain didakwa semakin perlahan, menyebabkan ramai pelarian terus berada di Malaysia bertahun-tahun.

Sehubungan itu, kerajaan digesa menilai semula dasar pengurusan pelarian dengan memberi tumpuan kepada sistem pendaftaran, pemantauan dan penempatan yang lebih teratur bagi memastikan kebajikan semua pihak termasuk rakyat tempatan terus terpelihara.

Kongsi pada platform lain