Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan hari ini memutuskan secara sebulat suara untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Dato’ Muzalmah binti Mustapha Kamal, berkuat kuasa serta-merta.
Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri akan dipangku Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Masri bin Haji Razali sehingga pengganti baharu dinamakan Ketua Setiausaha Negara, manakala tugas nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh peguam bela dan peguam cara, En. Fahmi bin Adilah sehingga Penasihat Undang-Undang baharu dinamakan Jabatan Peguam Negara.
Notis penggantungan kedua-dua pegawai berkenaan akan dimaklumkan kepada agensi Persekutuan berkaitan.
Dalam masa sama, Ismail mengesahkan semua jawatan Ahli MMKN masih kekal dan sah serta pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa.
