Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Faizal Azumu menyifatkan PAS dan Parti Wawasan Negara lebih wajar menggunakan logo sendiri sekiranya telah memutuskan hubungan dengan BERSATU, berbanding terus menggunakan jenama Perikatan Nasional (PN).
Menurut beliau, langkah itu dilihat lebih jujur dan bertanggungjawab kerana tidak memberi gambaran seolah-olah wujud usaha melemahkan gabungan berkenaan dari dalam.
Beliau berkata, keputusan PAS yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan serta keputusan Majlis Tertinggi PN telah mencemarkan imej dan asas pembentukan gabungan tersebut.
Katanya, kegagalan menyelesaikan pertikaian dalaman PN turut menyebabkan ketidakpastian dalam kalangan ahli, penyokong serta jentera pilihan raya. – BeritaHarian
