ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

Pendirian UMNO Cerminkan Strategi Politik Jangka Panjang — Penganalisis

1–2 minutes

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Pendirian UMNO untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan sambil mengekalkan keterbukaan terhadap pelbagai kemungkinan politik dilihat sebagai strategi parti bagi memastikan ia terus relevan serta mempunyai kuasa tawar-menawar dalam landskap politik negara.

Pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, pendekatan itu menunjukkan UMNO mahu mengekalkan kestabilan kerajaan semasa selain bersedia menghadapi perubahan politik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Menurutnya, keterbukaan tersebut memberi kelebihan kepada UMNO dalam rundingan politik termasuk aspek pembahagian kerusi dan pembentukan kerjasama pada masa hadapan.

Beliau berkata, politik kini semakin dinamik dan bersifat terbuka, justeru menutup semua ruang kerjasama bukan langkah yang strategik.

Katanya, kenyataan UMNO tidak semestinya menggambarkan usaha menjauhkan diri daripada Pakatan Harapan (PH), sebaliknya parti itu sedang menilai kekuatan dalaman serta tahap pemulihan sokongan akar umbi.

Sivamurugan turut berpandangan kemungkinan UMNO bertanding secara lebih meluas termasuk di Johor dan Negeri Sembilan boleh menjadi medan untuk mengukur penerimaan rakyat terhadap parti tersebut.

Menurutnya, jumlah kerusi yang ditandingi menjadi salah satu ukuran pengaruh sesebuah parti, namun perkara lebih penting adalah sejauh mana UMNO mampu menterjemahkan keyakinan politik kepada sokongan pengundi. – BuletinAwani

Kongsi pada platform lain