MELAKA, 30 September — Penerimaan terhadap Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka dilihat masih berada dalam keadaan positif, dengan pendekatan pentadbirannya yang turun padang dan memberi tumpuan kepada pembangunan negeri.
Penganalisis melihat keterbukaan rakyat terhadap kepimpinan Ab Rauf menjadi antara faktor yang wajar diberi perhatian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, khususnya selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan baru-baru ini.
Ab Rauf sebelum ini turut menegaskan bahawa soal hala tuju politik dan kerjasama BN akan ditentukan selepas proses rundingan dengan parti-parti berkaitan selesai.
