ISU SEMASA
Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

RM400,000 DILULUSKAN BAGI PENGGANTIAN TANGKI AIR TAMAN SRI ROMPIN, JEMPOL

1–2 minutes

JEMPOL, 19 Jun – Usaha memperkukuhkan kemudahan asas rakyat terus menjadi keutamaan apabila peruntukan sebanyak RM400,000 diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian tangki air di Taman Sri Rompin, Jempol.

Kelulusan peruntukan ini melibatkan pelaksanaan projek oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) bagi menggantikan tangki perkhidmatan jenis Pressed Steel Sectional berkapasiti 60,000 gelen serta tangki sedutan berkapasiti 20,000 gelen, termasuk kerja-kerja berkaitan.

Menurut DATO’ HAJI MOHD ZAIDY BIN ABDUL KADIR, projek ini merupakan satu lagi langkah penting dalam memastikan kemudahan asas khususnya bekalan air kepada penduduk setempat berada pada tahap lebih baik.

“Alhamdulillah, satu lagi usaha bagi meningkatkan kemudahan asas rakyat berjaya direalisasikan. Terima kasih kepada SAINS Negeri Sembilan atas kelulusan peruntukan ini,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan projek berkenaan dijangka mampu meningkatkan kestabilan sistem bekalan air serta memberi keselesaan kepada penduduk Taman Sri Rompin.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian melalui penyediaan infrastruktur yang lebih selamat, stabil dan berkualiti.

Kongsi pada platform lain