ISU SEMASA
• Analisis PRU: Peralihan sokongan pengundi muda mencorakkan landskap politik baharu. • Suara Rakyat: Isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi terus menjadi perbincangan utama. • Parlimen: Kebebasan bersuara yang bertanggungjawab wadah pemantapan demokrasi negara. • Komentar Jurnal: Kepentingan maklumat sahih dan berfakta dalam mendepani cabaran isu semasa.

“Saya Tidak Sempurna, Bersedia Tanggung Akibat” – KP AKPS Beri Penjelasan Video Tular KLIA

1–2 minutes

PUTRAJAYA, 1 Oktober – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan kerajaan susulan video tular yang memaparkan dirinya memarahi dua individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd Shuhaily berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada peringkat tertinggi kerajaan dan kementerian berkaitan serta menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak berkuasa. “Seperti yang saya sering katakan, saya tidak sempurna, hari ini saya berdiri di sini bersedia menanggung akibat,” katanya pada sidang media khas hari ini.  

Menurut beliau, kejadian berlaku pada 28 September ketika beliau bersama pasukan AKPS menjalankan tinjauan kesiapsiagaan operasi KLIA sempena ketibaan delegasi dan kru Formula 1, sebelum melakukan penguatkuasaan susulan aduan mengenai kegiatan ‘ulat’ warga asing. Seorang warga asing yang disyaki terlibat kemudian dibawa ke bilik pemeriksaan bagasi AVSEC KLIA.  

AKPS menjelaskan dua individu yang muncul dalam rakaman bukan sebahagian daripada pasukan operasi dan didakwa merakam sesi temu bual berkenaan tanpa kebenaran. Kedua-dua individu itu kemudiannya membuat laporan polis, manakala Mohd Shuhaily turut membuat laporan berkaitan tohmahan, rakaman dan penyebaran video tersebut.  

Mohd Shuhaily bagaimanapun tidak mahu mengulas dakwaan berlaku kontak fizikal dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan. Beliau turut menegaskan apa juga keputusan kerajaan terhadap dirinya diterima, sambil berharap perkara itu tidak menjejaskan pasukan AKPS.  

Kongsi pada platform lain