JEMPOL, 5 Jun – Prihatin terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli, Dato’ Haji Mohd Zaidy Abdul Kadir (Tok D) telah membantu mengemukakan permohonan kerja-kerja baik pulih kediaman di beberapa perkampungan Orang Asli melalui kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Antara yang telah mendapat perhatian ialah kerja-kerja baik pulih rumah di Kampung Orang Asli Sungai Kelebang serta Kampung Orang Asli Panchor, bagi memastikan penduduk dapat menikmati kediaman yang lebih selesa dan selamat.
Menurut beliau, kebajikan rakyat khususnya komuniti Orang Asli sentiasa menjadi keutamaan dan setiap aduan serta keperluan yang dibangkitkan akan diusahakan sebaik mungkin melalui saluran yang berkaitan.
Usaha tersebut disambut baik oleh penduduk setempat yang menghargai keprihatinan serta tindakan segera dalam membantu menyelesaikan isu kemudahan asas di kampung mereka.
